Fungsi Pepatah dan Bidalan
Setiap bangsa mempunyai pepatah dan bidalan Melayu yang mencerminkan watak sesuatu bangsa itu. Begitu juga dengan pepatah dan bidalan Melayu yang merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Pepatah dan bidalan Melayu menggambarkan tasawwur atau ‘world view’ masyarakat ataupun bangsa yang mendukungnya, sekaligus menyatakan pengalaman hidup yang telah dilalui serta corak kehidupan sesuatu bangsa itu secara keseluruhan. Oleh yang demikian, isi dan tema pepatah dan bidalan Melayu yang dibicarakan disifatkan sebagai cerminan pandangan dunia serta etos iaitu nilai masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks pemakaian peribahasanya. Etos ini dapat dijelaskan dengan lebih lanjut lagi apabila makna sesuatu pepatah dan bidalan Melayu itu diaplikasikan dan dipraktikkan ke dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat itu seperti dalam contoh-contoh berikut:
a) Merendah diri
- Merendah diri dan bertimbang rasa juga tergolong sebagai budi. Orang yang memiliki ketinggian budi bahasa, maka kata-katanya itu tidak akan meninggi serta tidak mungkir janji.
Contoh: Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.
b) Berbudi dab berjasa
- Kehidupan masyarakat Melayu tradisional memang kaya dengan budi bicara dan adat tradisi. Sesuatu budi yang telah diberikan secara jujur seperti melepaskan kesukaran orang lain, bantuan dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga dan berjiran akan senantiasa dikenang dari hidup hingga ke akhir hayat. Lantaran, timbul pepatah:
Contoh: Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati
- Budi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap melengkapi antara satu sama lain. Budi adalah jasa dan jasa adalah budi. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak berbudi. Setiap anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu olehnya kerana jasa serta namanya akan sentiasa dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.
Contoh: Hidup kayu berubah, hidup manusia biar berjasa.
c) Bekerja kuat dan berjimat-cermat
- Kepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan daripada usaha yang bersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas tergambar dalam pelbagai peribahasa yang menekankan kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut:
Contoh: Sedikit-sedikit, lama-lama berjadi bukit.
d) Menuntut pelajaran
- Masyarakat Melayu sememangnya menyedari peri pentingnya ilmu pengetahuan. Masyarakat Melayu lama berpendapat bahawa menuntut ilmu atau belajar tidak semestinya secara formal. Perkara ini masih boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian ataupun melalui khabar-khabar yang disebarluaskan. Orang yang berpelajaran akan mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam hidup sementara mereka yang tidak pula, akan dipandang hina dan dianggap sebagai sampah masyarakat. Ini dapat dilihat melalui beberapa contoh pepatah yang tercipta.
Contoh: Arang habis besi binasa, tukang bekerja penat sahaja.
e) Taat setia dan menghormati undang-undang
- Sikap taat setia dan kasih yang tiada berbelah bahagi kepada negera dan raja yang memerintah jelas terakam dalam banyak pepatah dan bidalan. Sesebuah kerajaan, perlembagaan, perundangan atau seorang pembesar, menyedari akan kewujudan satu ‘waad’ dengan yang diperintahnya. Kerajaan harus bersikap adil demi menjalin hubungan baik dengan yang diperintah. Sesebuah kerajaan juga harus mengetepikan kepentingan sendiri demi melaksanakan undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepadanya, seperti dalam contoh berikut:
Contoh: 1. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
2. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Perbezaan Pepatah dan Bidalan
Perbezaan Pepatah dan Bidalan
Pepatah
ialah sejenis peribahasa yang seakan-akan sama dengan bidalan sekadarkan ia
berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya
berkerat-kerat atau berpatah-patah seperti haiwan, tumbuhan, air, api, pakaian,
dan sebagainya. selain itu, pepatah tidak memberatkan pengajaran dan nasihat.
Contohnya: “Ada air adalah ikan”. Pepatah tersebut
bermaksud ada negeri tentulah ada rakyatnya. Pepatah tersebut menunjukan
sesuatu barang atau fakta dan melalui air dengan ikan untuk penerangan bahan itu dan tidak mengajar
pengajaran dan nasihat.
Bidalan
ialah susunana kata-kata umum yang telah lama dipakai orang, di dalamnya
terkamdung perbandingan teladan, nasihat, dan pengajar.
Contohnya:
“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Bidalan tersebut bermaskud kesabaran
dalam melakukan sesuatu akan memeberikan hasil yang memuaskan. Bidalan tersebut
mengajar seseorang haruslah bersabar terutama dalam pembelajaran atau lain.